Wednesday, January 27, 2016

Jika dia gadis yang luar biasa, dia tidak akan mudah. Jika dia mudah, dia tidak akan menjadi luar biasa. Jika dia berbaloi, kau  tidak patut berputus asa. Jika kau putus asa, kau tidak layak untuk dia. Kebenarannya ialah, semua orang akan menyakiti kita ; kau hanya harus mencari orang yang betul-betul berbaloi untuk semua penderitaan itu.

Tuesday, January 26, 2016

Maksud aku mencintaimu

Aku cinta padamu bermaksud aku terima diri kau seadanya dan tidak akan sekali-kali cuba mengubah kau untuk menjadi orang lain. Bermaksud aku akan tetap mencintai dan tetap berada disampingmu   saat kau susah ataupun senang. Bermakud aku akan tetap menyayangi saat mood kau baik atau buruk atau terlalu letih untuk membuat apa-apa yang aku inginkan. Bermaksud aku akan tetap mencintai walaupun di dalam apa-apa keadaan pun yang engkau sedang alami, baik ataupun buruk. Bukan hanya mencintaimu ketika kau sedang gembira dan seronok didampingi sahaja.

Aku cinta padamu beerti aku tahu segala kisah-kisah silam kau dan aku tidak akan pernah menilainya apatahlagi mengungkit. Beerti aku tahu segala rahsia hitammu tapi aku tidak akan kisah. Cuma aku harap kau juga tidak menilai dan mengungkit segala rahsia dan sejarah hitamku.

Ia bermakna yang aku akan mengambil berat tentang diri kau dan berjuang habis-habisan untuk merpertahankan cinta ini. Ia bermakna aku akan memikirkan kau setiap masa di masa sahaja aku berada dan memerlukan kau sehingga ke akhirnya. Dan aku harap kau juga punya rasa cinta yang sama terhadapku.


Sedih yang paling menyedihkan

Sedih yang paling menyedihkan ialah sedih yang cuba untuk tidak sedih. Sedih yang sampai mengigit bibir tahan air mata dari jatuh sambil cuba untuk tersenyum tapi gagahkan hati berjalan pergi kepada pasangan tersebut sambil berkata... " saya happy untuk awak, semoga awak berbahagia. "


Aku tidak ingin bercinta lagi.


 Kau berjanji untuk sentiasa berada di sisiku berjuang untukku. Tetapi dimanakah kau kini? Kau berjanji dan kau membuat aku jatuh cinta. Waktu itulah waktu yang terindah dalam hidupku. Aku menikmati tiap detik hidup bersamamu. Setiap saat bersamamu sungguh berharga kerana setiap saat itu aku rasa sungguh bahagia. Tapi akhirnya kau menyerah kalah dan meninggalkan aku sendiri. Setiap saat tanpamu disisi aku merasakan kau tidak layak untuk diriku tapi aku masih menunggu. Mengapa? Mungkin kerana apabila bersamamu aku rasa aku boleh berbuat apa saja. Setiap kali aku melihat matamu aku merasakan tidak ada apa lagi di dunia ini yang aku mahukan selain dirimu. Marilah sayang, masa telah suntuk. Aku perlukanmu. Marilah kucupilah aku. Tetapi kali ini berjanjilah...Jangan Pergi.


Tiada niat untuk mencintaimu

Aku tidak berniat untuk menyukaimu
Aku tidak pernah berniat menyimpan perasaan terhadapmu
Tetapi senyumanmu mengundang

Aku tidak berhasrat untuk memikirkanmu
Aku tidak berharap untuk mengingatimu tiap waktu
tetapi tutur manismu mengundang

Aku tidak pernah berhasrat untuk mencintaimu
hati ini yang salah
bergetar pabila melihatmu





Aku sedar bahawa aku tidak boleh bergantung pada orang lain untuk mendapat apa yang aku inginkan dan aku tidak perlu takut untuk pergi untuk mendapatkannya. Aku harus punyai cita-cita dan impian yang kuat untuk mengejar matlamat aku kerana tidak ada orang lain yang betul-betul faham apa yang aku inginkan dan mereka tidak boleh membantu aku untuk mendapatkannya. Jika berjaya alhamdulillah dan jika gagal aku boleh berbangga pada diri aku sendiri bahawa aku berani mencuba dan telah mencuba.

Anda masih muda. Jangan membuat hidup anda sengsara dengan memikirkan masalah. Sebaliknya , sentiasa berfikir bahawa dalam setiap masalah ada penyelesaian dan semuanya akan baik-baik saja. Lakukan apa yang anda fikir betul. Ambil risiko, cuba sesuatu yang baru, senyum, ketawa dan hidup seolah-olah tidak ada esok. Pada tahun-tahun yang akan datang anda akan menjadi dewasa dimana kurang pilihan di situ melainkan harus menjadi seorang yang matang dan punyai tanggungjawab. Jadi nikmati masa muda anda.