Tuesday, January 26, 2016

Kadang-kadang dalam hidup, kita tahu siapa yang singgah sementara waktu dan siapa yang akan tinggal disamping kita selama-lamanya. Manusia berubah, begitu juga kita. Kadang-kadang ianya untuk kebaikkan, kadang-kadang menjadi keburukkan dan keburukan dalam hidup terjadi kepada semua orang, bukan kepada kita seorang sahaja. Manusia berdusta tanpa pedulikan perasaan kita yang terluka tetapi hati kita tetap berdegup walau sedalam mana pun kesedihan yang kita rasa.  Tetapi ianya akan berlalu pergi..Suatu hari nanti akan  ada seseorang disamping kita yang akan menceriakan hari-hari kita semula. Jangan tanyakan bila. Aku pernah mengalaminya. Pengalaman dalam proses penyembuhan bukanlah mudah tetapi ianya amat berbaloi. Kita tidak akan pernah bisa melupakan seseorang yang pernah kita sayangi. Apa yang harus kita buat ialah beri segala-galanya dalam hidup. Hidup semahu-mahunya. Sayangi keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa ada disebelah kita. Walaupun sakit kita kena terima hakikat ada orang lain yang hidup lebih teruk dari kita. Mereka mungkin sanggup berbuat apa saja untuk mendapat hidup seperti yang kita ada.

No comments:

Post a Comment