Tuesday, January 26, 2016

Wahai diri,

Aku tahu kau telah berusaha, aku cuma ingin memberitahumu bahawa kau cantik dan cukup segala-galanya. Terima kasih kerana menjadi kuat dan tulus kepada diri sendiri. Dunia melihatmu walaupun kadang-kadang kau merasa terpinggir. Aku menghargai hati dan kedegilanmu. Keberanianmu untuk terus mencintai setelah dikhianati, dibuang dan dilukai amatlah terpuji. Aku bangga kerana engkau telah bangkit dan sedar bahawa kau ada harga diri.

No comments:

Post a Comment